Imbas. Kumpul.Datang Lagi.
Ganti kad cop kertas dengan kad cop digital terus dalam telefon. Pelanggan tak perlu download app, kedai mudah kumpul database dan ajak mereka kembali.

Tak perlu belek dompet tebal cari kad cop. Imbas QR standee di kaunter terus.
Kamera telefon imbas & masukkan nombor telefon dalam 3 saat. Tak perlu buat akaun.
Kad cop digital terus kemas kini di telefon pelanggan. Juruwang sahkan dengan 1-tekan.
Cukup cop, ganjaran dibuka untuk ditebus. Pelanggan rasa dihargai dan seronok datang lagi.

Tak perlu belek dompet tebal cari kad cop. Imbas QR standee di kaunter terus.
Kad Cop Biasa vs. Kad Cop Digital PesanLagi
Kad cop kertas selalu hilang dalam dompet, kedai tiada senarai nombor telefon pelanggan, dan susah nak tahu siapa pelanggan setia. Dengan PesanLagi, semua jadi mudah dan automatik.
Kad Cop Biasa
Masalah biasa kad kertas
- Kerap Hilang & Tertinggal: Pelanggan tertinggal kad di rumah atau hilang dalam dompet sebelum sempat tebus ganjaran.
- Tiada Database Pelanggan: Kedai tak tahu nombor telefon pelanggan. Bila ada menu baru atau promosi, tiada cara untuk maklumkan mereka.
- Risiko Cop Sendiri: Cop kertas mudah dicop sendiri atau ditiru tanpa pembelian sebenar di kaunter.
- Kos Cetak Berulang Kali: Kena tempah dan cetak kad baru setiap beberapa bulan. Duit keluar, tapi pelanggan tetap tak lekat.
Kad Cop Digital PesanLagi
Biar pelanggan datang lagi
- Sentiasa Ada Dalam Telefon: Tersimpan terus dalam telefon pelanggan. Tak perlu simpan kad fizikal, takkan tertinggal atau basah.
- Kumpul Database Kedai Sendiri: Setiap kali pelanggan imbas, kedai dapat kumpul nombor telefon untuk promosi WhatsApp pada bila-bila masa.
- Staf Sahkan Cop 1-Tekan: Juruwang sahkan cop terus dari telefon atau tablet kaunter. Ada bunyi loceng, pantas dan selamat.
- Ajak Pelanggan Datang Semula: Ingatkan pelanggan bila cop hampir penuh atau dah lama tak singgah dengan mesej mesra WhatsApp.
Semua Yang Kedai Anda Perlukan Untuk Bina Pelanggan Setia
Sesuai untuk kafe, restoran, car wash, salun, bakeri, dan kedai runcit tempatan.
1. Sahkan Cop Pantas di Kaunter
Juruwang dengar bunyi loceng di telefon atau tablet bila pelanggan imbas. Sahkan cop dengan 1 tekan sahaja — tak buat kaunter sesak.
2. Tetapkan Ganjaran & Tahap VIP
Bebas tentukan berapa cop untuk dapat ganjaran (contohnya 5 atau 10 cop). Pelanggan setia yang kerap singgah boleh naik ke tahap VIP.
3. Sistem Pesanan & POS Kaunter
Boleh guna Web POS ringkas di tablet kaunter atau sambungkan terus dengan pesanan online PesanSini untuk kemas kini automatik.
4. Maklumkan Promosi Melalui WhatsApp
Ada menu baru atau tawaran istimewa? Hubungi pelanggan terus melalui WhatsApp tanpa risiko nombor kena sekat.
5. Ucapan Hari Lahir & Peringatan Automatik
Hantar ucapan dan baucar hari lahir secara automatik, serta ajak semula pelanggan yang dah lebih 30 hari tak singgah ke kedai.
6. Kenali Pelanggan & Kumpul Database
Ketahui siapa pelanggan tetap yang selalu datang. Senarai nombor telefon dan rekod lawatan 100% milik kedai anda, boleh muat turun bila-bila masa.
7. Lengkapkan Profil Pelanggan (+1 Cop Percuma)
Beri 1 cop percuma bila pelanggan isi nama dan tarikh lahir mereka. Kedai dapat info pelanggan lengkap tanpa perlu tanya satu persatu di kaunter.
8. Ajak Kawan Datang Kedai
Pelanggan boleh ajak kawan mereka datang ke kedai anda melalui WhatsApp. Kawan dapat ganjaran, pelanggan pun dapat cop tambahan.
9. Cabutan Bertuah Kedai
Jalankan cabutan bertuah bulanan untuk meriahkan kedai. Setiap cop automatik jadi tiket cabutan untuk pelanggan setia.
Pelanggan Dah Lama Tak Datang? Ajak Mereka Kembali!
Ketahui bagaimana Uncle Tan gunakan database pelanggan PesanLagi untuk ingatkan pelanggan setia tentang ganjaran cop yang belum ditebus.

Waktu perniagaan agak perlahan hari Selasa. Uncle Tan sedar ramai pelanggan tetap dah beberapa minggu tak nampak muka.
PesanLagi kesan 42 orang pelanggan setia yang belum berkunjung lebih 21 hari dengan baki cop yang belum ditebus.
Uncle Tan menghantar mesej ingatan mesra bersama diskaun kopi terus ke telefon pelanggan tanpa spam.
Pelanggan seronok dihargai dan kembali singgah. Jualan hari biasa kembali rancak dengan pelanggan setia!

Waktu perniagaan agak perlahan hari Selasa. Uncle Tan sedar ramai pelanggan tetap dah beberapa minggu tak nampak muka.
Bayar Sekali, Guna Sampai Kuota Habis. Tiada Bayaran Bulanan.
Konsepnya sama macam beli sekotak kad cop kertas. Tiada auto-debit kad kredit, kuota tiada tarikh luput, dan tiada caj tersembunyi.
Semua Pelan Dapat Akses Semua Ciri
Tiada ciri disekat. Dari pelan Percuma hingga Enterprise, semua kedai dapat akses ciri penuh yang sama.
Standee QR Siap Cetak (300 DPI)
Fail PDF resolusi tinggi sedia dicetak untuk diletakkan di atas kaunter.
Loceng Audio Kaunter
Telefon atau tablet juruwang berbunyi loceng untuk kelulusan 1-tekan pantas.
Peringatan WhatsApp & Ajak Kawan
Ingatkan pelanggan bila cop hampir penuh dan galakkan mereka ajak rakan.
Cabutan Bertuah & Ganjaran Hari Lahir
Tarik pelanggan datang semula dengan ganjaran hari jadi dan cabutan bertuah.
Download Database Pelanggan (CSV)
Senarai nombor telefon dan rekod lawatan 100% milik kedai anda.
Kuota Tiada Tarikh Luput
Guna kuota mengikut rentak kedai anda. Tiada yuran bulanan atau caj tersembunyi.
Sesuai untuk cuba sistem di kaunter gerai atau kiosk anda.
Sesuai untuk food truck, gerai burger & kiosk minuman.
Pilihan utama kafe kopi, bakeri, salun rambut & car wash.
Untuk kedai runcit, butik & restoran yang ada pelanggan harian tinggi.
Pakej pukal untuk kedai bervolum besar atau beberapa cawangan.
Pelanggan sedia ada tetap boleh terus kumpul cop dan tebus ganjaran seperti biasa walaupun kuota pelanggan baru kedai dah cukup.
Nak Pelanggan Datang Lagi ke Kedai Anda?
Mula guna kad cop digital hari ini. Pelanggan tak perlu download app, juruwang mudah sahkan di kaunter, dan kedai miliki database sendiri.
Soalan Lazim (FAQ)
Semua maklumat penting sebelum anda bermula dengan PesanLagi.
Tak perlu sama sekali. Pelanggan cuma buka kamera telefon biasa dan imbas QR code di kaunter, kemudian masukkan nombor telefon. Kad cop digital terus dibuka dalam browser telefon mereka. Tak perlu muat turun sebarang app atau cipta kata laluan.
Bila pelanggan imbas QR di kaunter, skrin telefon atau tablet juruwang akan berbunyi loceng dan memaparkan nama serta nombor pelanggan. Juruwang hanya perlu tekan "Sahkan Cop (+1)" selepas pembayaran disahkan. Pelanggan tak boleh cop sendiri.
Dalam portal peniaga, ada fungsi khas untuk jana fail PDF standee QR resolusi tinggi (300 DPI) secara percuma. Anda boleh cetak mengikut saiz stand akrilik A6 atau A5 dan terus letak di sebelah mesin juruwang.
Boleh. PesanLagi beroperasi secara fleksibel pada mana-mana telefon pintar, iPad, tablet, atau komputer di kaunter tanpa memerlukan integrasi rumit. Jika kedai anda menggunakan pesanan online PesanSini, ia juga boleh disambungkan secara automatik.
Boleh, 100%. Pangkalan data pelanggan adalah milik kedai anda sepenuhnya. Anda boleh memuat turun fail CSV lengkap yang mengandungi senarai nombor telefon, nama, bilangan lawatan, dan tarikh lawatan pada bila-bila masa.
Boleh. Anda bebas menetapkan berapa cop yang diperlukan (contohnya 5, 8, atau 10 cop), menamakan ganjaran anda (contohnya "Percuma Kopi Flat White", "Diskaun RM5"), dan menetapkan tarikh luput ganjaran.
Boleh. Anda boleh hubungi pelanggan terus melalui WhatsApp dari portal peniaga — contohnya untuk ingatkan pelanggan yang cop hampir penuh, hantar baucar hari lahir, atau ajak semula pelanggan yang dah lama tak singgah.